PENGENALAN
Bahagian Kawalan Kredit (BKK) telah diwujudkan pada tahun 1989 dengan nama asalnya ialah Bahagian Kutipan Hutang, bertujuan untuk melaksanakan kutipan bayaran balik semua jenis pinjaman/pembiayaan dan bekas penyewa premis MARA. Sebelum BKK diwujudkan, aktiviti kutipan bayaran balik semua jenis pinjaman dan sewaan dikendalikan oleh bahagian masing-masing yang mengeluarkan kemudahan tersebut. Bahagian Kawalan Kredit dibahagikan kepada dua Cawangan iaitu Cawangan Pinjaman Pelajaran dan Cawangan Perniagaan, Pelbagai dan Agensi Kutipan.
i. Cawangan Pinjaman Pelajaran (CPP)
CPP adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan semua aktiviti berkaitan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman komputer pelajar dan pendahuluan pinjaman pelajaran.
Aktiviti cawangan ini terbahagi kepada tiga (3) unit seperti berikut :-
- Unit Kutipan Pinjaman Pelajaran
- Unit Penguatkuasaan
- Unit Conversion dan Data
ii. Cawangan Perniagaan, Pelbagai dan Agensi Kutipan (CPA)
CPA adalah bertanggungjawab untuk memantau aktiviti kutipan bayaran balik pinjaman/pembiayaan perniagaan dan bekas penyewa di peringkat negeri, melaksanakan semua aktiviti berkaitan kutipan bayaran balik pinjaman pelbagai (bekas anggota MARA dan bekas pelatih MARA) serta memantau agensi kutipan hutang.
Aktiviti cawangan ini terbahagi kepada tiga (3) unit seperti berikut :-
- Kutipan dan Penguatkuasaan Negeri
- Pinjaman Pelbagai dan Agensi Kutipan Hutang
- Khidmat Pengurusan